Tunang Amar Cemburu Nellydia ?

Assalamuliakum .




Gambar Sumber Google

sejak meletup dengan drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang berakhir Khamis lalu, nama dua pelakon utamanya , Nellydia Sanrose dan Amar Ashraf terus mencanak popular.

     Masakan tidak, sepanjang disiarkan di TV3 melalui slot Akasia, drama yang diangkat daripada novel karya Fatin Nabila itu memperoleh jumlah tontonan mencecah tiga juta orang. Ia antara karya yang diminati selepas drama bersiri Tentang Dhia.

     Setia Hujung Nyawa turut menjadi fenomena hingga kawan kita selalunya hanya jeling apabila artis datang ke studio , terus berubah perangai dan berebut bergambar dengan Zain Hakimi (watak Amar) sewaktu dia datang ke pejabat kita untuk sesi fotografi.

     Ada yang siap tayang dekat semua orang gambar mesranya bersama Amar dalam laman muka buku. Nak bagi peminat Setia Hujung Nyawa cemburu la tu ! Namun maaf ya, kita sikit pun tak cemburu 

     Sebut pasal cemburu, kita terdengar cerita yang tunang kesayangan Amar iaitu Arna tidak senang duduk setiap kali menyaksikan aksi romantis kekasih hatinya bersama Nellydia yang memegang watak Elsarlina.

     Mana tidaknya, kalau berada di tempat Arna, kita pun akan merasakan perkara yang sama. Mahu tidak meluap rasa hati bila tengok kekasih hati bermesra dan bermanja dengan orang lain.

     Walaupun hanya berlakon , mana boleh . Khabarnya yang akan bernikah tidak lama lagi ini turut berselisih faham gara-gara perkara itu. 

     Bagi mendapatkan penjelasan kita sempat menghubungi Amar sewaktu siri  akhir Setia Hujung Nyawa disiarkan Khamis lalu. Kebetulan Amar yang pulang dari mengadakan promosi drama itu , ada bersama Arna.

     Sudah rezeki kita dan semua mendengar penjelasan Arna secara eksklusif. Amar mahu kita dengar daripada mulut tunangnya mengenai dakwaan disebarkan itu.

     Kata Arna perkara itu tidak timbul langsung kerana setiap kali di lokasi , Amar sering bercerita mengenai babak romantis yang dilakukan bersama Nellydia .

      Jika ada kelapangan , Arna menemani Amra di lokasi dan di situ dia sempat berkenalan dengan Nellydia , jadi isu mengatakan dia cemburukan pasangan lakon tunangnya dalam drama itu tidak timbul.

      Jelas Arna , sejak mengenali Amar dan mengambil keputusan untuk bertunang , dia tahu situasi kerjaya tunangnya . Segala aksi romantis dan mesra dalam Setia Hujung Nyawa adalah sebahagian daripada tugas tidak lebih daripada itu.

      Cuma apabila melihat aksi romantis dan perangai manja tunangnya dalm Setia Hujung Nyawa membuatkan Arna tersenyum sendiri kerana begitulah sikap Amar di luar drama apabila bersamanya.

      Begitupun , Arna secara jujur menjelaskan , dia bersyukur apabila drama Setia Hujung Nyawa diminati ramai dan sekali gus bakat tunangnya mula menjadi perhatian umum .


 Sumber : Metro Ahad .

      
Daisypath Anniversary tickers